03/13/2008
Appointment
aku meniti hari-hari biasa dengan satu keadaan yang sama. Rutin. Satu kemujuran dengan adanya internet yang menyerikan sedikit sebanyak masa yang tersisa. Bosan.
Aku menelefon si Farez (F). Dulu dia yang selalu call aku, skg keadaan menjadi sebaliknya. Aku pula yang galak untuk menelefon dia. Lewat perbualan itu, satu perjanjian untuk berjumpa hujung minggu ini termetarai. Aku mengiakan untuk perjumpaan kali pertama ini. Diari aku juga dalam kebetulan minggu ini aku sememangnya akan ke Negeri S untuk mencari barang. Lari dari rutin. Tak bosan.
F akan memperkenalkan rakannya bernama D. D yang diceritakanya lewat dicorong telefon itu sedang berada dalam dilema. Samada untuk meneruskan hidup dengan mendambakan dakapan seorang lelaki atau pun terus mencintai hati wanita. Gila. Dilema seorang biseksual mungkin lebih hebat daripada tuntutan hati seorang PLU. Fikirku, aku tak kisah untuk berkenalan dengan rakan baru. Mungkin ia memberi satu lembaran baru dalam laluan hidup aku. Siapa tahu?
Ruang sunyi rumah sewa menyambut kepulangan aku daripada makan di warung abang kelantan berdekatan. Laptop seperti biasa, menjadi objek pertama yang diterpa. Meneliti mesej-mesej yang ditinggalkan di myspace dan juga g4m memang mengasyikkan. Tidak sedar masa sudah berlalu. Malam sudah menganjak lebih gelap.
Mata sudah mula redup. Mengantuk. Namun, tubuh harus disucikan sebelum dilabuhkan diatas katil menunggu hari esok yang penuh liku.
sign off.
14:05 Permalink | Comments (1) | Email this
03/12/2008
The begining
Tak susah untuk mencari plu kat kl. Nak carik orang berambut hitam lagi susah kalau dibanding nak carik sorang PLU. Tak percaya?. Cuba cari mana-mana peta pengendali rangkaian hotspot, biasanya kawasan yang dibulat merah, itu lah kawasan yang HOTSPOT. Dan percayalah di kawasan yang sama itulah ramai plu. Selain daripada itu, kawasan-kawasan panas yang dilingkari dengan kemudahhan pengangkutan pasti ada sahaja penempatan golongan plu ni. Sesetengah kawasan LRT contohnya memang menjadi tumpuan plu. Rasionalnya mungkin sama seperti macamana terbentuknya penempatan di kawasan sektar lembah dan sungai 10 000 BC dahulu atau senang nak on the move. Pendek kata, nak carik kutu dengan nak carik plu mungkin lebih mudah nak carik plu. Begitulah aku rasa sudah ramainya dan mudahnya nak access ke kelompok yang menjadi perhatian ini.
Tapi dalam mudah-mudah itu, aku tetap tak menjadi hak milik sesapa secara mutlak. Aku tetap sorang. Love is just aint enough.
Oh!
05:00 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

